Site icon TechNave BM

Konsep alat VR dari Facebook seakan cermin mata ‘stylo’!

Baru-baru ini, Facebook telah menunjukkan konsep terbaru alat VR (Virtual Reality) yang mempunyai reka bentuk yang sangat berlainan berbanding alat VR yang ada di pasaran pada masa kini. Berbanding kebanyakan alat VR yang besar dan menutupi separuh kepala anda, konsep alat VR dari Facebook ini dilihat seperti cermin mata yang selesa terletak di telinga pengguna.

Facebook menekankan bahawa alat ini adalah bukan untuk cermin mata AR (Augmented Reality) tetapi sememangnya direka sebagai alat VR. Alat tersebut adalah sangat nipis dengan ketebalan kurang dari 9mm dan Facebook mengatakan ianya mempunyai bidang pandangan yang setanding dengan alat VR pada masa kini.

Konsep alat VR dari Facebook ini juga bukan sahaja nipis tetapi juga memancarkan cahaya gambar ke mata pengguna dengan cara yang berbeza daripada yang biasa. Pasukan penyelidikan Facebook memanggil teknik tersebut sebagai holographic optics dan polarization-based optical folding.

Bagaimana dengan konsep terbaru dari Facebook ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version