Site icon TechNave BM

Konsep terawal OnePlus 9 Pro muncul, Snapdragon 875 + RAM 12GB + kamera halimunan

Sebagai peringatan awal sebelum anda menelusuri artikel ini, ini merupakan konsep awal tidak rasmi yang direka oleh pengulas atau penggiat teknologi yang terlibat. Terkini, konsep awal peranti flagship OnePlus tahun 2021 telah mula muncul dengan pelbagai jangkaan spesifikasi.

OnePlus tahun 2020 ini mungkin dihuni nama siri OnePlus 9. Jangkaan spesifikasi OnePlus 9 Pro yang timbul turut hadir bersama gambar konsep peranti tersebut. Menurut sumber, versi Pro bakal hadir dengan Snapdragon 875, skrin QHD+ 6.7 inci 120Hz, RAM 12GB, storan 512GB, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 60W.

Berkenaan kamera, ia dijangkakan memiliki kamera utama 64MP (lebar/ultra lebar) + 16MP (3x/10x Zum Optikal) + 3D ToF dan kamera selfie dalam paparan 16MP.

Lebih menarik, ia bakal memiliki cermin elektrokromik. Cermin elektrokromik bakal mewujudkan kamera halimunan atau kamera yang tersorok. Jika anda ingin membayangkannya, anda boleh melihat kamera tersorok di bawah kaca elektrokromik OnePlus Concept One.

Apakah pandangan anda mengenai jangkaan konsep awal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BenGeskin

Exit mobile version