Site icon TechNave BM

Konsol klasik Hasbro, ’90s Tiger Electronics kini kembali

Kepada netizen yang masih kanak-kanak ketika wujudnya konsol tangan ini, anda pasti gembira dengan berita ini. Konsol tangan Hasbro, ’90s Tiger Electronic dengan memainkan permainan video pada paparan LCD kini kembali!

Konsol tangan ini bakal hadir dengan empat versi iaitu Sonic the Hedgehog 3, Disney The Little Mermaid, Transformers Generation 2 dan Marvel’s X-Men Project X. Anda boleh memilih untuk bermain sebagai si duyung Ariel, Optimus Prime, Sonic atau Cyclops.

Pra-tempahan bakal dibuka mungkin pada September ini. Namun, kami masih tiada maklumat mengenai keberadaan konsol tangan ini di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, konsol tangan ini sama seperti dahulu di mana anda memerlukan dua bateri AA untuk mengaktifkannya.

Jika ia hadir ke Malaysia, adakah anda akan menyambarnya? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: cnet

Exit mobile version