Site icon TechNave BM

Konsol Lenovo Legion Go di Malaysia bawa harga bermula RM3,099

Pada bulan September lalu, Lenovo memperkenalkan konsol gaming mudah alih terbarunya yang dipanggil Legion Go. Kini, konsol Legion Go nampaknya telah muncul dalam laman web rasmi Lenovo Malaysia yang mendedahkan harganya.

Di laman web rasmnya, halaman tersebut menyenaraikan dua varian Lenovo Legion Go iaitu jenis AMD Ryzen Z1 dan AMD Ryzen Z1 Extreme. Varian pertama berharga RM3,099 dan varian kedua pada harga RM3,399. Namun begitu, tiada sebarang pengumuman daripada Lenovo Malaysia mengenai perkara ini.

Selain daripada pemproses, Lenovo Legion Go mempunyai spesifikasi yang sama. Secara ringkasnya, ia disertai dengan RAM LPDDR5X (7500Mhz) 16GB, SSD PCIe Gen4 sehingga 1TB dan skrin QHD+ 144Hz 16:10 sebesar 8.8 inci dengan kecerahan puncak hingga 500 nits dan gamut warna DCI-P3 97%. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bateri 49.2Wh dengan teknologi Super Rapid Charge dan mencapai TGP hingga 25W.

Cirinya yang paling menarik adalah trackpad pada bahagian pengawal kanan yang boleh dikeluarkan dan membolehkan pemain menggunakan mod FPS seolah-olah ia berfungsi seperti tetikus. Akhir sekali, terdapat sepasang port USB-C pada Legion Go, membolehkan pengguna menghubungkan peranti sambil menyambungkan kepada aksesori.

Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version