Site icon TechNave BM

Korea Selatan siasat Apple Store dan Google Play Store berkaitan isu monopoli pembayaran

Suruhanjaya Komunikasi Korea (KCC) baru-baru ini berkata bahawa siasatan akan dibuat terhadap Apple dan Google. Syarikat-syarikat ini nampaknya melanggar peraturan tempatan untuk menjalankan transaksi dalam aplikasi.

Selain Apple App Store dan Google Play Store, siasatan juga akan dibuat terhadap ONE Store tempatan yang dimiliki oleh SK Group. Agensi itu telah menyiasat ketiga-tiga gedung aplikasi sejak 17 Mei dan mendapati mereka didakwa melanggar keperluan undang-undang negara yang diluluskan tahun lalu.

Undang-undang ini membenarkan pembangun menggunakan sistem pembayaran pihak ketiga semasa menjalankan transaksi mikro dalam aplikasi dan kedai aplikasi tidak boleh memaksa pembangun untuk menggunakan perkhidmatan mereka sahaja. Apple dan Google telah bersetuju bagi membuka platform untuk sistem pembayaran pihak ketiga.

Mereka juga memberikan berikan diskaun 4% untuk transaksi melalui perkhidmatan pihak ketiga. Bulan lepas, Google menyekat kemas kini KakaoTalk buat sementara waktu. Ia adalah aplikasi sosial yang paling popular di negara itu. Pengguna juga mengadu bahawa Google telah menukar peraturan untuk membuat pembayaran.

Jualan versi khas emoji sembang jatuh sebanyak satu pertiga. Berdasarkan hasil penyiasatan, KCC akan memerintahkan pemilik gedung aplikasi untuk mematuhi keperluan undang-undang serta mengeluarkan denda sehingga 2% daripada perolehan tahunan mereka.

Ahli Parlimen di Eropah juga mula berminat dengan isu aplikasi Apple dan Google ini di mana Akta Pasaran Digital (DMA) telah diluluskan yang melarang pemonopolian alat pembayaran untuk perisian mudah alih. Langkah yang sama juga bakal dibuat di Amerika Syarikat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version