Site icon TechNave BM

Kos baiki skrin Samsung Galaxy Z Flip4 dan Fold4 turun sebanyak 12%, ingin kuasai trend telefon lipat

Pada tahun ini, Samsung telah membuat beberapa peningkatan penting yang membawa lebih banyak kelebihan pada peranti boleh lipat berbanding telefon andalan daripada siri S. Sebagai permulaan, pembaikan skrin untuk Flip dan Fold agak lebih murah tahun ini jika anda melanggan perkhidmatan Care Plus Samsung.

Sebelum ini, Samsung mengenakan kos $249 (~RM1,107) untuk membaiki skrin pada Flip atau Fold dengan langganan Care Plus $11/sebulan. Kini, Samsung mengurangkan harga sebanyak $29 (~RM128) menjadi $220 (~979). Ia juga tidak jelas bagaimana telefon ini akan bertahan dalam jangka masa panjang.

Terdapat masalah pada pelindung skrin yang telah cuba ditangani oleh Samsung dalam Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Fold4. Walaupun kalis air, kedua-dua telefon tidak kalis debu. Samsung perlu meyakinkan pengguna bahawa faktor bentuk yang unik berbaloi dengan kos tambahan dan ketahanan jangka panjang.

Telefon lipat Samsung ialah peranti terlaris dalam pasaran dengan penjualan sebanyak 270 juta unit. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TheVerge

Exit mobile version