Site icon TechNave BM

Kotak iPhone termasuk iPhone 11 kini lebih mesra alam – Tiada lagi pengecas, EarPods bersama

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai beberapa model iPhone yang sudah diberhentikan penghasilannya dan iPhone yang diturunkan harganya di Malaysia. Jika anda masih tidak tahu, Apple kini tampil dengan pengotakan yang lebih ringkas ke arah usaha lebih mesra alam.

Pengotakan lebih ringkas bermaksud ketiadaan pengecas (adapter) dan EarPods dalam kotak iPhone anda. Bermula selepas pelancaran siri iPhone 12, pembelian iPhone lain yang masih sedia dijual akan hadir dengan kotak ringkas ini juga.

Menurut laman web rasmi Apple Malaysia, ini adalah apa yang anda akan dapat dalam kotak bersama untuk iPhone 11, iPhone SE (2020) dan iPhone XR.

Siri iPhone 12 yang terdiri daripada iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max juga akan hadir dengan kotak ringkas ini.

Menurut Apple, mereka ingin mengaplikasikan 100% bebas karbon dalam penghasilan produk mereka menjelan tahun 2030. Pengecas dan EarPod boleh dibeli secara berasingan. Apple berharap agar langkahnya ini boleh diikuti untuk kebaikan alam sekitar.

Kotak iPhone 12

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version