Site icon TechNave BM

KPDN arahkan TNG untuk menukar nama kad visa mereka untuk elakkan kekeliruan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meminta syarikat Touch ‘N Go untuk menukar nama kad visa syarikat mereka untuk mengelakkan kekeliruan. Ini kerana nama TNG digunakan untuk perkhidmatan pembayaran seperti tol.

Menteri KPDN iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kad visa TNG adalah untuk kegunaan prabayar, perkhidmatan pembelian dan mengeluarkan wang tunai seperti kad debit yang lain. 

Kad visa TNG yang dikeluarkan tidak boleh digunakan untuk pembayaran tol dan kenderaan awam. TNG juga telah diarahkan untuk melaksanakan advokasi dan pemberitahuan awal kepada pengguna mengenai tamat tempoh kad, tambah baik kaedah serta mempercepatkan proses tempoh pembayaran balik dan pemindahan baki.

TNG juga diarah untuk menambah pusat jualan kad dan perkhidmatan TNG di lokasi selain KL Sentral dan Bangsar. Selain itu, pihak kerajaan dan TNG meminta penjual pihak untuk menurunkan iklan jualan kad TNG tanpa kebenaran untuk menjual kad tersebut.

Pihak kementerian akan mengambil tindakan terhadap pihak ketiga yang menjual kad TNG melebihi harga yang ditetapkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Bernama

Exit mobile version