Site icon TechNave BM

KPDNHEP cadang lesen khas untuk peniaga dalam talian

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan cadangan untuk memperkenal lesen khas perniagaan dalam talian. Perkara ini dinyatakan melalui Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid kepada sumber.

Menurut beliau, lesen ini dicadang untuk diperkenal agar masalah penipuan jual beli dalam talian boleh dielakkan. Para peniaga akan tertakhluk pada syarat yang perlu dipatuhi dan pengguna juga boleh membuat pembelian tanpa ragu.

Tambah beliau lagi, lesen khas ini akan dilaksanakan selepas pindaan terhadap Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dipinda. Pengenalan lesen khas ini turut disifatkan sebagai langkah efektik dalam memerangi masalah penipuan.

Apakah pandangan anda sekiranya arahan pemilikan lesen khas untuk peniaga dlama talian dikuatkuasakan? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version