Site icon TechNave BM

KPDNHEP ingatkan peniaga untuk tidak terpedaya dengan “scam” bayaran terlebih

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ingin mengingatkan para peniaga internet agar tidak terpedaya dengan penipuan baru, di mana ia melibatkan scammer berpura-pura terlebih bayar untuk produk atau perkhidmatan mereka.

Selepas scammer melaporkan kepada para peniaga bahawa mereka kononnnya telah terlebih bayar, scammer akan memberi tekanan kepada peniaga untuk “memulangkan” kembali wang yang telah dilebih bayar. Mereka memperdayakan para peniaga dengan menghasilkan transaksi bank palsu serta meyakinkan peniaga bahawa pemindahan wang telah dilakukan.

Peniaga yang telah diperdayakan pula akan membayar semula “wang lebihan” itu walaupun mereka langsung tidak menerima bayaran yang diakui oleh scammer pada mulanya. Bagi mengelakkan perkara ini untuk terjadi, peniaga perlu lebih peka dengan setiap transaksi perniagaan mereka dan tidak tertipu dengan taktik pemindahan wang palsu ini.

TechNave berharap para peniaga dan pembeli tidak tertipu dengan sebarang helah perniagaan dalam internet. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version