Site icon TechNave BM

KRAFTON umum transformasi “AI First”, labur ~RM340 juta bangunkan infrastruktur AI

KRAFTON yang dikenali melalui judul popular seperti PUBG: Battlegrounds mengumumkan bahawa syarikat kini beralih menjadi sebuah entiti “AI First”, meletakkan kecerdasan buatan (AI) sebagai tunjang utama dalam penyelesaian masalah, operasi dan strategi pertumbuhan. Dalam acara dalaman bertajuk “KRAFTON LIVE TALK”, syarikat tersebut mempersembahkan visi jangka sederhana dan panjang di bawah tema “AI First: Work, Company, Individual – The Future” yang menekankan transformasi menyeluruh dari segi organisasi, budaya dan teknologi.

Pelaburan besar dan naik taraf infrastruktur

Bagi merealisasikan strategi ini, KRAFTON merancang untuk melabur kira-kira 100 bilion KRW (~RM340 juta) bagi membina kluster GPU dan infrastruktur yang mampu menyokong “agentic AI” iaitu sistem AI yang boleh menetapkan matlamat, merancang, bertindak dan berinteraksi dengan alat luaran. Infrastruktur ini akan digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan AI, perkhidmatan AI dalam game serta automasi aliran kerja di seluruh organisasi.

KRAFTON menjangkakan pembangunan platform AI peringkat perusahaan, sistem integrasi data/automasi dan sistem pengurusan ejen akan siap menjelang separuh kedua tahun 2026. Selain itu, bermula tahun yang sama, syarikat ini akan memperuntukkan kira-kira 30 bilion KRW (~RM100 juta) setiap tahun untuk membolehkan pekerja menggunakan alat AI secara langsung.

Budaya, organisasi dan gaya kerja baharu

Transformasi ini bukan sekadar peningkatan teknologi tetapi ia juga menyusun semula cara syarikat beroperasi. Antara perubahan yang diumumkan termasuk:

Mengapa ia penting

Langkah ini menandakan peralihan besar bagi KRAFTON daripada sekadar penerbit dan pembangun game kepada syarikat hiburan berasaskan teknologi di mana AI bukan lagi sekadar alat, tetapi teras utama strategi korporat. Secara lebih meluas, ia mencerminkan bagaimana pemain industri game kini agresif mengadaptasi AI untuk mentransformasi aliran kerja, proses penciptaan dan pengalaman pengguna bukan sahaja dalam game, tetapi juga dalam operasi, budaya dan strategi produk keseluruhannya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version