Site icon TechNave BM

Kredit Google Play kini boleh dibeli dalam Boost, tanpa perlu daftarkan kad debit atau kredit

Pengguna Android yang ingin membeli kredit Google Play kini boleh menggunakan e-dompet Boost untuk membelinya, tanpa perlu mendaftarkan kad debit atau kad kredit. Kod untuk kredit Google Play boleh dibeli dalam jumlah RM10, RM20, RM50, RM100 atau RM200.

Untuk membeli kredit Google Play, pengguna Boost mengakses ruang Do More, pergi ke Games dan buka Game Credits untuk melihat senarai jumlah kredit Google Play yang boleh dibeli. Selepas pembelian dibuat, pengguna akan diberikan kod yang boleh ditebus dalam Google Play.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli kredit Google Play dalam Boost dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version