Site icon TechNave BM

KWSP benarkan pengeluaran RM10K, rakyat diminta berhati-hati dengan iklan di sosial media

Setelah pengumuman semalam, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan sebanyak RM10,000 bermula 1 April bagi mereka di bawah umur 55 tahun. Pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022. Langkah ini dilakukan untuk membantu rakyat Malaysia yang terbeban dengan pandemik COVID-19.

Namun, ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan dengan mencipta laman web palsu untuk memperoleh data pencarum KWSP. KWSP meminta agar rakyat Malaysia diminta untuk berhati-hati dengan iklan permohonan Pengeluaran Khas yang dikongsikan di laman media sosial.

Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook KWSP

Exit mobile version