Site icon TechNave BM

KWSP beri amaran: Jangan kongsi status mohon i-Sinar di media sosial

Terdapat rakyat yang masih menanti kelulusan permohonan i-Sinar, tidak kurang juga yang sudah mendapat kelulusan dan sudah menerima bayarannya. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memberi amaran untuk tidak mengongsi maklumat tertentu berkaitan i-Sinar di media sosial.

Menurut KWSP, pengguna perlu berhati-hati dan elakkan berkongsi maklumat bank atau status permohonan i-Sinar di media sosial. Perkongsian sebegini boleh memungkinkan anda untuk menjadi sasaran mangsa penipuan seterusnya.

KWSP turut menggesa agar pengguna melaporkan sebarang info mencurigakan ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000. Kami juga menyarankan anda agar tidak meremehkan perkongsian maklumat tertentu di alam siber.

Terdahulu, KWSP bakal mempertimbang permohonan i-Sinar tanpa syarat dan akan mengumumkan maklumat mengenainya kelak. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: KWSP

Exit mobile version