Site icon TechNave BM

KWSP beri amaran untuk tidak mudah terpedaya dengan skim pinjaman wang kepada ahli

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebuah simpanan selepas bersara untuk rakyat Malaysia. Anda boleh mengeluarkan wang dalam akaun KWSP untuk perkara tertentu seperti membayar pinjaman Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA), rumah dan pengeluaran isitmewa ketika waktu pandemik.

Oleh itu, buat masa ini, pihak KWSP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai menyediakan pinjaman kepada pengguna. Malah, syarikat itu telah memberi amaran untuk tidak mudah terpedaya dengan skim pinjaman wang melibatkan KWSP.

Amaran ini telah dikeluarkan pada bulan Julai lepas dan mungkin kerana jumlah penipuan semakin meningkat, maka KWSP telah mengeluarkan amaran sebegini sekali lagi.

Sebagai pengguna, anda dinasihatkan untuk dapatkan informasi sahih berkenaan produk KWSP hanya melalui media sosial dan laman web rasmi syarikat itu. Maka, sebarang kenyataan mengenai pinjaman KWSP adalah sama sekali tidak benar.

Perkara sebegini telah banyak berlaku dan ramai rakyat Malaysia telah tertipu. Lawati Facebook KWSP untuk ketahui lebih banyak informasi terkini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Facebook KWSP

Exit mobile version