Site icon TechNave BM

KWSP lancarkan ciri tambah simpanan melalui aplikasi i-Akaun

Duit simpanan amatlah penting terutamanya apabila usia meningkat tua, jadi kerajaan telah menubuhkan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pencarum mengeluarkan wang pencen setelah mencapai had umur tertentu.

Akibat wabak COVID-19, pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkan had wang sebanyak RM10,000 menyebabkan simpanan pencarum semakin berkurangan. Kini, anda tidak perlu risau kerana KWSP telah mengeluarkan ciri untuk anda menambah simpanan KWSP dengan mudah melalui aplikasi i-Akaun.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Apple Store, Google Play Store dan AppGallery. Anda hanya perlu log masuk akaun KWSP, kemudian klik pada “Add Contribution” (Tambah Sumbangan) dan masukkan jumlah yang anda inginkan.

Buat masa ini, KWSP tidak membuat sebarang perancangan untuk menambah ciri pengeluaran wang. Namun, kebanyakan rakyat Malaysia telah memberi pendapat untuk membuat sistem pengeluaran wang pada aplikasi tersebut.

Adakah pihak KWSP akan mempertimbangkan pendapat rakyat? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook KWSP

Exit mobile version