Site icon TechNave BM

KWSP meminta rakyat Malaysia berhati-hati dengan e-mel semakan ganjaran dana

Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan sebanyak RM10,000 pasti dinanti-nantikan bagi mereka yang ingin menstabilkan kewangan. Anda boleh mula memohon pada 1 April bagi mereka di bawah umur 55 tahun. Pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.

Seperti dalam artikel sebelum ini, ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan dengan mencipta laman web palsu untuk memperoleh data pencarum KWSP. Kini, masalah ini semakin menjadi-jadi apabila terdapat e-mel palsu untuk semakan ganjaran dana.

Rakyat Malaysia diminta mengambil langkah berhati-hati dan buat semakan di kaunter atau membuat panggilan terus ke KWSP untuk pengesahan. Maklumat lanjut mengenai kaedah permohonan pengeluaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook KWSP 

Exit mobile version