Site icon TechNave BM

KWSP umum dividen 6.15% bagi 2025, bakal dikreditkan 1 Mac ini

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensional dan 6.15% bagi Simpanan Shariah untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dengan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM79.6 bilion.

Daripada jumlah itu, RM67.1 bilion diagihkan kepada ahli Simpanan Konvensional manakala RM12.5 bilion kepada Simpanan Shariah. Dividen tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun ahli bermula 1 Mac 2026 dan boleh disemak melalui i-Akaun.

KWSP merekodkan pendapatan pelaburan keseluruhan sekitar RM79.15 bilion bagi 2025 dengan ekuiti kekal sebagai penyumbang utama kepada pulangan. Jumlah aset pelaburan KWSP meningkat kepada kira-kira RM1.409 trilion pada akhir 2025.

Untuk perbandingan, kadar dividen 6.15% ini sedikit rendah berbanding 6.30% yang diumumkan bagi 2024, namun jumlah agihan meningkat selari dengan pertumbuhan saiz dana. Prestasi tahun kewangan 2025 turut dipengaruhi oleh keadaan pasaran domestik yang lebih sederhana serta pengukuhan ringgit yang menjejaskan pulangan pelaburan luar negara.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: KWSP

Exit mobile version