Site icon TechNave BM

Lagenda kembali: Metal Slug akan lancarkan dua ‘game’ baru untuk konsol dan telefon pintar

Metal Slug, siri game 2D side-scrolling tembak-menembak yang popular di arked dan juga konsol, bakal datang dengan dua game baru pada tahun ini untuk konsol dan versi mudah alih. Perkara tersebut telah diumumkan oleh SNK, syarikat yang membina siri game tersebut.

Game Metal Slug konsol akan mempunyai corak permainan side-scrolling yang sama seperti tajuk-tajuk sebelum ini. Manakala untuk game mudah alih pula, ia adalah “game side-scrolling 2D dengan kad” dan bakal dilancarkan untuk iOS dan Android. Kedua-duanya masih dalam pembikinan, di mana versi mudah alih sudah siap 80%.

CEO SNK Interactive, Jeon Se-hwan, mengatakan game telefon pintar ditujukan kepada pemain berumur 10-20 tahun, manakala game konsol pula ditujukan kepada pemain berumur 30-40 tahun. Syarikat tersebut merancang mengeluarkan lebih daripada satu game Metal Slug setiap tahun.

Beritahu kami di Facebook jika anda peminat Metal Slug dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Siliconera

Exit mobile version