Site icon TechNave BM

Lagi aplikasi digodam, kata laluan 20 juta pengguna Aptoide terdedah

Adakah berita ini benar? Menurut sumber, ya! Terkini, aplikasi Aptoide telah menjadi lubuk penggodam dan telah mendedahkan kata laluan seramai 20 juta pengguna. Apa yang mengecewakan, kata laluan yang terdedah ini dikongsi secara dalam talian.

Sepintas lalu, Aptoide adalah pasar aplikasi yang membenarkan anda memuat turun pelbagai aplikasi ke peranti Android anda. Ianya lebih kurang sama seperti Google Play Store, tetapi ini adalah perisian sumber terbuka. Melalui sebuah forum penggodam, sebuah akaun (penggodam) telah memuat naik data-data pengguna yang menggunakan Aptoide daripada 21 Julai 2016 hingga 28 Januari 2018. Bukan sahaja kata laluan, tetapi juga maklumat peribadi seperti nama, tarikh lahir, alamat pendaftaran IP, jenis peranti, status akaun dan sebagainya.

Data yang didedahkan dalam bentuk fail PostgreSQL tersebut masih terbuka untuk dimuat turun secara dalam talian di forum tersebut (sangat membahayakan). Setakat ini, pihak Aptoide masih lagi tidak memberi sebarang respons makluman kepada sumber. Untuk itu, anda diminta untuk berhati-hati jika anda menggunakan aplikasi ini!

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ZDnet melalui GizChina

Exit mobile version