Site icon TechNave BM

Lagi ‘game’ percuma, Total War: Shogun 2 kini percuma di Steam

Masih belum reda dengan berita mengenai francais game Alien dan XCOM yang mengadakan jualan di Steam, kini muncul pula berita gempar lain dalam institusi gaming. Terkini, anda boleh mendapatkan Total War: Shogun 2 secara percuma melalui Steam!

Anda perlu diingatkan bahawa game ini boleh didapatkan secara percuma terhad sehingga 2 Mei ini, jam 1 pagi (waktu Malaysia) sahaja. Jika anda inginkan pek Total War: Shogun 2 DLC, anda boleh mendapatkannya dengan diskaun 75%. Ini lah masa untuk mendapatkannya memandangkan pek tersebut hanya berharga RM11. Anda juga boleh melihat penawaran diskaun pada siri Total War yang lain di Steam.

Adakah anda merupakan peminat siri Total War? Beritahu kami di laman Facebook jika anda sudah mendapatkan tawaran ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Exit mobile version