Site icon TechNave BM

Lagi kabel rosak, punca gangguan internet TM pada aplikasi yang dihos oleh Hong Kong atau AS

Terkini, Telekom Malaysia (TM) mengumumkan bahawa kerja membaik pulih kabel bawah laut sedang dijalankan. Untuk itu, segelintir pengguna mungkin akan mengalami masalah rangkaian dalam masa beberapa hari ini.

Jika anda kenal dengan berita kerosakan kabel ini, sememangnya terdapat kerosakan kabel bawah laut pada minggu lepas iaitu kabel Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2). Namun, pihak TM telah mengalihkan haluan menerusi laluan sambungan antarabangsa alternatif untuk pelanggan terus menikmati kelajuan rangkaian internet. Untuk makluman kerosakan kabel pada kali ini pula, kerja-kerja ini dijalankan pada sistem kabel Asia-America Gateway (AAG). Ia melibatkan kerja pada segmen yang berada pada lokasi di antara Vung Tau (Vietnam) ke Lantau, Internet Service Providers (ISPs) Hong Kong di Asia Pasifik termasuklah rangkaian Malaysia ke Hong Kong dan Amerika Syarikat (AS).

Kabel AAG ini membekalkan rangkaian untuk perkhidmatan konferens video seperti Zoom, game Valve seperti Blizzard, servis (VPN) atau WeChat dan pelbagai aplikasi lain yang dihoskan oleh Hong Kong atau AS.

Walaupun rangkaian anda mungkin terganggu, pihak TM mempunyai pelbagai rangkaian lain di serata dunia. Jadi, TM masih mampu untuk menyokong keperluan internet anda! Apa pun, jika rangkaian anda terganggu, kami berharap agar anda kekal tabah dalam mengharungi hari-hari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini. Kerja membaik pulih ini akan berjalan sehingga 21 April.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini!

Sumber: NST

Exit mobile version