Site icon TechNave BM

Lagi khabar angin OPPO Find X2 – 5G dan pengecasan pantas 30W

Berikutan penularan wabak Covid-19, OPPO telah mengambil langkah untuk melancarkan peranti flagshipnya, OPPO Find X2 pada tarikh yang lain. Terkini, sumber melaporkan OPPO Find X2 bakal dilengkapi pengecasan wayarles dan semestinya sokongan 5G.

Menurut sumber pembocoran maklumat ini, pengecasan wayarles bagaimanapun tidak dapat dikenal pasti kadar pengecasan sebenarnya. Namun, sumber menyatakan bahawa pengecasan wayarles asas adalah 30W Wireless VOOC Flash Charge. Mungkinkah OPPO Find X2 dihuni teknologi pengecasan pantas ini?

Bukan itu sahaja, melalui gambar di atas, anda boleh menetapkan paparan sama ada 60Hz atau 120Hz (tiada pilihan 90Hz). Anda juga boleh mengaktifkan fingsi VoLTE (untuk panggilan telefon yang lebih baik). Setakat ini, kami pernah mengkhabarkan bahawa terdapat peranti OPPO yang mendapat kelulusan 5G melalui SIRIM. Kami menjangkakan ia adalah OPPO Find X2.

Adakah OPPO Find X2 berada dalam senarai kemahuan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version