Site icon TechNave BM

Lagi peranti mampu milik, realme C15 bakal dilengkapi Helio G35, bateri 6000mAh, 4 kamera

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai realme C15 yang bakal dilancarkan di Indonesia dengan bateri sebesar 6000mAh. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan beberapa spesifikasi lain peranti tersebut.

Penyenaraian realme C15 di laman e-dagang Indonesia mendedahkan spesifikasi empat kamera utama 13MP + 8MP (ultra lebar) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto 5MP. Lebih menarik, realme C15 akan dijana MediaTek Helio G35 dan bateri berkapasiti besar 6000mAh turut akan disokong pengecasan pantas 18W.

Peranti ini akan hadir dengan varian RAM 3GB + ROM 64GB, RAM 4GB + ROM 64GB dan pilihan warna Seagull Grey, serta Marine Bluet di pasaran Indonesia. Setakat ini, kami tidak pasti mengenai keberadaannya di pasaran Malaysia.

Apa pun, spesifikasi rasminya bakal dimaklumkan pada pelancarannya, 28 Julai 2020 di Indonesia. Adakah peranti mampu milik kelas permulaan ini menarik bagi anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version