Site icon TechNave BM

Lagi petanda pelancarannya, ASUS ROG Phone 3 melepasi kelulusan China

Selain telefon gaming Lenovo Legion yang dinanti-nantikan peminat, ASUS ROG Phone 3 juga turut dinantikan kemunculannya. Terkini, terdapat sumber yang melaporkan bahawa ASUS ROG Phone 3 telah melepasi kelulusan China (3C).

Terdahulu, ASUS ROG Phone 3 telah dilihat muncul di Geekbench dengan dua varian iaitu RAM 8GB dan RAM 12GB. Petanda pelancarannya yang makin hampir kini ditambah dengan kelulusan produk bernombor ASUS_I003DD di China (3C).

Melalui kelulusan tersebut, ASUS ROG Phone 3 dilaporkan bakal memiliki pengecasan pantas 30W. Walaupun setelah melepasi kelulusan WiFi, China dan hadir di Geekbench, namun agak susah untuk mendengar khabar angin ASUS ROG Phone 3.

CEO Asus pernah menyatakan bahawa peranti ini bakal hadir sama ada pada hujung suku kedua tahun ini atau awal suku ketiga tahun ini. Berkemungkinan kita bakal menerima khabar angin spesifikasinya pada hari-hari yang akan datang. Setakat ini, ASUS ROG Phone 3 dijangkakan hadir dengan cipset terkini, Snapdragon 865. Semak spesifikasi dan harga ASUS ROG Phone 2 di pautan ini.

ASUS ROG Phone 2

Apa pun, nantikan berita khabar anginnya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

Sumber: ITHome

Exit mobile version