Site icon TechNave BM

Lagi stok PlayStation 5 bakal mendarat! Beli PS5 di jualan elektronik Shopee 3 Mac ini

Jika sebelum ini anda masih belum berpeluang untuk mendapatkan konsol Sony PlayStation 5, ini adalah peluang terbuka untuk anda. Anda boleh membeli PS5 melalui Sony Brand Store di Shopee pada jualan 3.3 Electronics Big Sale!

Menurut Shopee, anda boleh membeli Sony PS5 Digital Edition pada harga RM1,869 dan versi Ultra HD Blu-Ray pada harga RM2,299 bermula 3 Mac, tepat jam 12 tengah hari.

Jualan barangan elektronik 3.3 di Shopee bermula pada 3 Mac 2021, tepat jam 12 tengah malam. Selain PS5 dan beberapa barangan Sony, anda juga boleh menikmati potongan harga untuk beberapa peranti lain terpilih termasuklah iPhone 11 64GB dan GoPro Hero 9. Antara gajet menarik yang anda boleh dapati dengan harga diskaun adalah seperti di bawah.

Anda boleh menyemak pelbagai barangan elektronik lain yang dijual dengan potongan harga menarik pada jualan 3.3 Shopee di pautan ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version