Site icon TechNave BM

Laman rasmi DNB dedahkan kelajuan 5G terkini, purata 624Mbps

Pada awal pengenalan Digital Nasional Berhad (DNB) pada Disember 2021, purata kelajuan yang dicatatkan dalam laman rasmi syarikat tersebut adalah pada 514Mbps. Namun, baru-baru ini syarikat itu telah mengemas kini laman rasminya dan mendedahkan kelajuan purata terkini 5G di beberapa lokasi.

Kelajuan terkini yang dicatatkan adalah pada 624Mbps. Terdapat peningkatan lebih 100Mbps berbanding sebelum ini dan diharapkan ia akan terus kekal atau bertambah pantas pada masa akan datang.

Hanya beberapa lokasi sahaja yang menikmati kelajuan 5G sebenar seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Buat masa ini, syarikat telko Yes sahaja yang menyediakan perkhidmatan 5G secara komersil kepada rakyat Malaysia.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version