Site icon TechNave BM

Laman rasmi Shopee terganggu, masalah teknikal pada pelayan dan sedang dibaik pulih

Platform beli-belah dalam talian terkenal iaitu Shopee mula tidak berfungsi kira-kira sejam yang lalu. Ramai pengguna mengadu bahawa akaun mereka dilog keluar tanpa sebab dan tidak boleh menggunakan aplikasinya.

Sehubungan itu, Shopee Malaysia membuat hantaran di Facebook yang mengatakan bahawa pelayan itu kini menghadapi beberapa masalah teknikal dan pasukannya sedang giat membaik pulih permasalahan tersebut.

Kepada mereka yang mengalami log keluar secara automatik daripada akaun Shopee dan apabila berjaya log masuk semula ke aplikasi, percubaan untuk membayar serta pembelian akan menunjukkan isyarat ralat pada pelayan. Bagi ShopeeFood, kerana semua restoran di platform tersebut ditutup, perkhidmatan penghantaran nampaknya juga terhenti.

Apabila mencubanya, aplikasi Shopee meminta kami mengesahkan e-mel terhadap akaun tersebut walaupun ia sudah pun menjadi akaun yang disahkan dan aktif. Menurut Twitter, pengguna Shopee di Indonesia nampaknya mengalami masalah yang sama.

Sementara itu, Shopee tidak memberitahu bila isu ini akan dapat diselesaikan tetapi memberi jaminan kepada pengguna bahawa mereka sedang mengusahakannya. Saya percaya apabila pelayan kembali normal, Shopee akan memaklumkan dengan segera.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Terjemahan: TechNaveCN

Exit mobile version