Site icon TechNave BM

Laman web TikTok dapat pembaharuan, pengguna kini boleh muat naik video melalui komputer

Pengguna media sosial popular TikTok perlu menggunakan telefon pintar mereka jika ingin menggunakan seluruh fungsi dalam media sosial tersebut termasuklah untuk memuat naik video. Kini, pengguna TikTok di China (dinamakan Douyin) boleh mengakses fungsi penuh untuk media sosial tersebut dalam pelayar web komputer.

Berlainan dengan Douyin versi komputer sebelum ini, laman web Douyin.com kini memaparkan antara muka (interface) yang lebih mesra komputer dan nampak serupa dengan YouTube. Pengguna bukan sahaja boleh menonton video, malah boleh memberi like, berkongsi ivdeo dan meninggalkan komen.

Rupa laman web TikTok (digelar Douyin di China) yang baru
Nampak serupa seperti YouTube

Pada bahagian atas, laman web tersebut menunjukkan kata kunci (tag) untuk kategori video seperti makanan, sukan, fesyen, muzik, ilmu pengetahuan, siaran langsung dan banyak lagi. Pengguna juga boleh memuat naik video ke dalam Douyin, namun saiznya dihadkan kepada 4GB, resolusi 720p dan durasi 15 minit.

Buat masa ini, laman web TikTok masih lagi menunjukkan rekaan yang sama dengan sebelum ini, di mana ia memaparkan video secara menegak seperti dalam skrin telefon pintar. Mungkin tidak lama lagi, laman web TikTok akan menyerupai laman web Douyin.

Rupa laman web TikTok pada masa artikel ditulis

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version