Site icon TechNave BM

Laman web untuk Samsung Galaxy A31 dilancarkan di Rusia, petanda ia akan diumumkan dalam masa terdekat

Sebuah laman web untuk bantuan dan sokongan Samsung Galaxy A31 telah dilancarkan di laman web Samsung Rusia, jadi kita boleh jangkakan telefon pintar kelas pertengahan itu untuk diumumkan tidak lama lagi. Dalam laman web tersebut ia tidaklah memaparkan nama Galaxy A31, tetapi kod SM-A315F adalah kod nama untuk telefon tersebut berdasarkan maklumat daripada Geekbench.

Tangkapan skrin daripada laman web Samsung Rusia.

Selain itu, Galaxy A31 juga baru mendapat pengiktirafan Bluetooth daripada Bluetooth Special Interest Group (SIG) yang mengukuhkan lagi andaian bahawa ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Berdasarkan laporan media, Galaxy A31 akan dilengkapi pemproses Helio P65, Android 10, RAM 4GB, storan 64GB, bateri 5,000mAh dan dua kamera di belakang yang terdiri daripada kanta utama 48MP dan kanta makro 5MP.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan Galaxy A31 ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version