Site icon TechNave BM

Laporan ini tunjukkan pengguna iPhone di Malaysia mula meningkat, pengguna Android menurun

Pengguna Android masih lagi dominan di seluruh negara termasuklah Malaysia. Namun, laporan melalui StatCounter menunjukkan bahawa pengguna iPhone di Malaysia kini semakin bertambah, manakala pengguna Android masih dominan, tetapi sedikit menurun.

Pengguna Android sehingga Disember 2019 adalah 82.37%, manakala pengguna iPhone pada ketika itu adalah 17.02%. Laporan terkini pula menunjukkan pengguna Android di Malaysia menurun sehingga 75.3%, manakala pengguna iPhone meningkat kepada 23.13%.

Sememangnya, peranti Android masih lagi menjadi pilihan utama pengguna kerana kepelbagaian pilihan spesifikasi dan harga. Namun, laporan ini juga memperlihatkan terdapat pengguna Android yang kini beralih ke iPhone.

Anda pengguna dalam kategori mana? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: StatCounter

Exit mobile version