Site icon TechNave BM

Laporan Opensignal nilai prestasi syarikat telekomunikasi Malaysia, Maxis raih prestasi tertinggi keseluruhan

Firma penilai syarikat telekomunikasi antarabangsa Opensignal telah mengeluarkan laporannya untuk perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia setakat September 2020. Laporan tersebut menggariskan kualiti perkhidmatan oleh lima syarikat telekomunikasi tempatan yang utama iaitu Maxis, Celcom, DiGi, U Mobile dan Unifi.

Menurut laporan tersebut, Maxis merupakan pemenang untuk kategori Pengalaman Video, Pengalaman Game dan Kelajuan Muat Turun, manakala Celcom pula menguasai kategori kawasan rangkaian dengan menjadi pemenang dalam kategori Keberadaan 4G dan Pengalaman Liputan 4G. U Mobile memenangi kategori Kelajuan Muat Naik, manakala untuk kategori Pengalaman Aplikasi Suara pula dikongsi oleh U Mobile dan Unifi.

Walaupun Maxis nampak seperti syarikat terbaik secara keseluruhan, markah mereka telah jatuh banyak dan ia tidaklah jauh dengan Celcom dan DiGi. U Mobile pula mencatatkan peningkatan markah terbanyak berbanding tahun lepas, daripada 42.9 ke 50.1.

Anda boleh baca laporan penuh di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version