Site icon TechNave BM

Laporan: Pengguna Maxis dan Celcom makin ramai, U Mobile dan Digi susut pada 2020

Adakah anda ada menukar rangkaian telekomunikasi anda dalam beberapa bulan yang lepas? Anda tidak keseorangan kerana kami pasti ramai rakyat Malaysia cuba mencari rangkaian telekomunikasi yang memberi perkhidmatan internet terbaik di kawasan tertentu. Terkini, terdapat laporan bahawa ramai rakyat Malaysia sememangnya menukar operator mudah alih mereka dalam tahun 2020.

Menurut laporan dari Opensignal, ramai rakyat Malaysia yang menukar rangkaian mudah alih mereka kepada Celcom, Maxis dan disusuli dengan Unifi. Sementara Digi dan U Mobile dilapor kehilangan pelanggan. Melalui graf, anda dapat melihat garis graf langganan U Mobile yang jatuh susut pada Mac 2020, berbeza dengan garis graf Celcom dan Maxis yang menaik. Untuk pengetahuan anda, Mac 2020 adalah tarikh bermulanya pelaksanaan PKP di Malaysia.

Melalui graf bar di bawah pula, Opensignal melaporkan pengalaman penggunaan rangkaian mudah alih oleh pengguna sedia ada dan pengguna yang sudah beralih rangkaian.

Secara purata, kebanyakan pengguna yang sudah beralih rangkaian mendapat pengalaman buruk melalui rangkaian mudah alih yang dilanggan pada waktu lepas.

Bagaimana pula dengan prestasi operator rangkaian mudah alih anda? Adakah anda berpuas hati atau sebaliknya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Opensignal

Exit mobile version