Site icon TechNave BM

Laporan: Rakyat Malaysia gunakan purata 25GB data internet setiap bulan

Berapa banyak data internet yang anda gunakan secara purata setiap bulan? Menurut statistik daripada U Mobile yang sebuah syarikat telekomunikasi Malaysia, purata rakyat Malaysia menggunakan 25GB data internet setiap bulan.

Penggunaan data dalam talian rakyat Malaysia telah meningkat sebanyak 47% dan masa yang dihabiskan untuk telefon pintar juga meningkat sebanyak 1.3 jam sehari. Dengan pertambahan pengguna yang semakin ramai dan purata usia pengguna yang menggunakan data rangkaian juga semakin muda maka penggunaan data juga meningkat.

Dilaporkan bahawa nisbah kanak-kanak berumur 12 tahun dengan telefon telah meningkat daripada 41% pada tahun 2015 kepada 71% pada tahun 2021. Oleh itu, 71% daripada kanak-kanak berumur 12 tahun mempunyai telefon sendiri. Selain U Mobile, Celcom juga telah menerbitkan data yang menunjukkan secara purata rakyat Malaysia menggunakan 25.4GB data internet sebulan.

Berapa banyak data internet yang anda gunakan setiap bulan? Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WINRAYLAND

Exit mobile version