Site icon TechNave BM

Laporan rasmi dedah Apple ‘buang’ hampir 2 juta aplikasi pada 2024

Apple mendedahkan bahawa sebanyak 1.93 juta permohonan aplikasi telah ditolak sepanjang tahun 2024 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketelusan App Store terkini. Angka ini melibatkan permohonan daripada keseluruhan 7.77 juta aplikasi yang dihantar untuk semakan.

Menurut laporan, penolakan berlaku atas pelbagai sebab termasuk isu prestasi, reka bentuk yang tidak memenuhi piawaian dan ketidakpatuhan terhadap undang-undang. Apple menegaskan bahawa semua keputusan dibuat berdasarkan garis panduan ketat App Store bagi memastikan keselamatan dan pengalaman terbaik untuk pengguna.

Menjelang hujung tahun 2024, jumlah aplikasi aktif dalam App Store telah mencecah 1.96 juta yang menunjukkan peningkatan hampir 100,000 berbanding tahun sebelumnya. Dalam tempoh yang sama, Apple merekodkan purata 839 juta muat turun dan 813 juta pelawat mingguan iaitu angka yang membuktikan App Store kekal sebagai platform dominan dalam ekosistem digital global.

Apple juga sedang dalam usaha memerangi aplikasi penipuan dan berkualiti rendah sejajar dengan komitmen mereka terhadap ketelusan serta keselamatan pengguna. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Shiftdelete

Exit mobile version