Site icon TechNave BM

Larangan menerbangkan dron pada malam ambang 2020

Sambutan ambang 2020 pada malam ini sememangnya dinanti-nantikan oleh netizen. Sambutan tahunan ini biasanya dirakamkan sebagai detik untuk dikenang kembali. Jika waktu dahulu, netizen merakamkan detik ambang 2020 menggunakan peranti berkamera atau kamera sahaja. Kini mereka boleh merakam dengan teknologi yang lebih canggih.

Dron bakal membuatkan rakaman sambutan kelihatan epik dan hebat. Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata akan menyekat dron yang diterbangkan netizen. Hal ini adalah untuk mengelak daripada bertembung dengan dron yang diterbangkan oleh penganjur.

“Kita menugaskan pasukan khas antidron di kawasan tumpuan sambutan tahun baru esok (malam ini) untuk membuat pemantauan. Sekiranya ada dron diterbangkan tanpa kebenaran, kita ambil tindakan dengan menyekat kawalan ke atas dron itu dengan alat khas,” kata beliau.

Anda ada rancangan untuk menerbangkan dron? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro | Nikkei Asia

Exit mobile version