Site icon TechNave BM

Lazada digodam, melibatkan sebanyak 1.1 juta maklumat akaun pengguna!

Terkini, platform beli belah dalam talian kolaborasi Alibaba (Alibaba memiliki 83% saham Lazada) dan syarikat e-dagang Singapura Lazada dilapor telah digodam. Menurut sumber, sebanyak 1.1 juta maklumat akaun pengguna terlibat dalam penggodaman ini.

Penggodaman ini berlaku melalui laman pembelian barangan runcit RedMart. RedMart ialah laman barangan runcit yang popular untuk pengguna Lazada di Singapura. Sebanyak 1.1 juta maklumat pengguna termasuk alamat, nombor kad kredit dan lain-lain digodam melalui pangkalan data RedMart.

Menurut sumber juga, Singapura memiliki populasi penduduk 5.7 juta, jadi penggodaman data sebanyak 1.1 juta adalah angka yang agak besar. Apa pun, Lazada telah mengambil tindakan awal untuk menghalang akses kepada pangkalan data ini dan data pengguna terkini tidak akan terkesan.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version