Sebelum ini, jenama gaming vivo, iQOO, sduah pun melancarkan sebuah telefon kelas pertengahan bernama iQOO Z1 yang dilengkapi cipset Dimensity 1000+ dan pengecasan pantas SuperFlash 44W. Tidak lama kemudian, syarikat itu mengatakan sebuah varian yang lebih murah, iQOO Z1x, bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menurut sumber di Weibo, iQOO Z1x bakal dilengkapi skrin LCD 6.57 inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz. Baterinya mempunyai kapasiti 5,000mAh dan teknologi pengecasan pantasnya pula diturunkan kepada 33W. Selain itu, kamera utamanya juga bakal mempunyai sensor 48MP.
Daripada segi memori, ia bakal mempunyai RAM 8GB dan storan 128GB. Masih tidak pasti jika telefon gaming kelas pertengahan ini mempunyai RAM DDR5 dan storan UFS 3.0 yang lebih pantas atau pun komponen RAM DDR4X dan storan UFS 2.1 yang lebih murah dan perlahan. Sebelum ini kami sudah pun melaporkan bahawa iQOO Z1x bakal dilengkapi cipset Snapdragon 765G.
Apakah pendapat anda tentang peranti iQOO ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

