Site icon TechNave BM

Lebih banyak butiran vivo V21 dan V21e disahkan, termasuk cipset Dimensity 800U

Telefon pintar vivo V21 dan vivo V21e telah pun disahkan akan dilancar di Malaysia pada 27 April ini dan dengan tarikh pelancaran yang semakin hampir, jenama telefon pintar itu telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang kedua-dua peranti.

Menurut vivo Malaysia, siri vivo V21 akan dilengkapi cipset Dimensity 800U dan RAM 8GB. Selain itu, ia juga bakal menjadi telefon vivo pertama yang dilengkapi fungsi Extended RAM Demonstration yang akan membekalkan RAM tambahan daripada storan dalaman sebanyak 3GB.

Untuk skrin pula, kedua-dua telefon mempunyai skrin E3 AMOLED Full HD+ 6.44 inci dengan keterangan 800 nits dan kadar segar semula 90Hz. Daripada segi dimensi, siri vivo V21 mempunyai badan senipis 7.29mm dan berat 176 gram sahaja.

Daripada segi kamera, vivo V21 mempunyai kamera swafoto 44MP dengan fungsi penstabilan imej optikal (OIS) Super Night Selfie, menjadikannya telefon pertama yang mempunyai kamera swafoto sedemikian. Untuk vivo V21e pula, ia mempunyai kamera utama kamera swafoto 44MP Eye Autofocus.

Kedua-dua telefon akan mempunyai kamera utama 64MP OIS, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP yang boleh merakam dalam resolusi 4K. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri vivo V21 kelak dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version