Bulan lalu, College International pour la Recherche en Productique (CIRP) menganalisis bilangan pengguna Android yang beralih kepada iPhone dan mendapati ia berada pada tahap tertinggi sejak 5 tahun kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, laporan itu tidak memasukkan peratusan pengguna iPhone yang beralih kepada Android.
Kini, data menunjukkan betapa kuatnya Apple dalam menarik pengguna Android ke iPhone berbanding pengguna iPhone berpindah ke Android. Daripada data antara Mac 2022 dan 2023, CIRP mendapati bahawa 15% pelanggan iPhone baharu datang daripada Android.
Laporan hari ini menunjukkan hasil yang hampir sama sepanjang 12 bulan lalu dengan 14% pembeli iPhone datang daripada Android. Peratusan pengguna iOS bertukar ke Android pula adalah 4%. Data CIRP untuk tahap kesetiaan pelanggan juga menunjukkan daya tarikan iPhone yang lebih kukuh.
iPhone/iOS mempunyai kadar 94% daripada pelanggan sedia ada yang memilih untuk kekal dengan Apple bagi telefon pintar mereka yang seterusnya. Sementara itu, Android mempunyai kadar kesetiaan yang kukuh tetapi 3% lebih rendah pada tahap 91%.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: 9to5Mac

