Site icon TechNave BM

Lebih banyak syarikat termasuk Sony menarik diri daripada MWC

Penganjur Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) tentunya berasa resah dengan ketiadaan pelbagai syarikat kerana penularan wabak Coronavirus. Kini, keadaan menjadi lebih buruk buat kongres itu kerana kini semakin banyak syarikat menarik diri daripada menyertainya.

Syarikat elektronik Jepun, Sony, telah menarik diri daripada MWC. Demi menggantikan ketiadaannya, sebuah sidang media akan diadakan melalui saluran YouTube rasmi Xperia pada 24 Februari, 8.30 pagi CET (3.30 petang waktu Malaysia) untuk mengumumkan produk-produk terbaru mereka.

Sebuah lagi syarikat Jepun, NTT Docomo, turut menarik diri. Selain itu, syarikat cip elektronik, Intel, juga tidak akan menyertai MWC tahun ini. Tetapi tidak seperti Sony, kedua-dua syarikat ini tidak menggantikan ketiadaan mereka dengan sebarang acara atau sidang medianya sendiri.

Adakah anda rasa MWC akan terus berjalan seperti biasa? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version