Site icon TechNave BM

Lebih banyak telefon Redmi dengan kamera 108MP bakal hadir tahun 2021

Setelah Redmi Note 9 Pro 5G dilancar di pasaran China pada hujung tahun 2020 sebagai peranti pertama Redmi dengan kamera 108MP, ramai peminat yang berharap agar peranti ini hadir di paaran global. Impian ini bakal ditunaikan kerana lebih banyak peranti Redmi dengan kamera 108MP akan dihasilkan pada tahun ini.

Menurut pengurus Redmi Lu Weibing, terdapat beberapa jenama peranti yang memasukkan sensor ToF (Time of Flight) dalam tetapan kamera, kini dilihat mengecualikan kehadiran sensor tersebut. Tahun ini, lebih banyak produk akan hadir dengan 100 juta piksel. Melalui siarannya, beliau turut menambah tanda pagar #Note9.

Setelah kehadiran Redmi Note 9 Pro 5G, kami percaya bahawa bukan sahaja peranti Xiaomi bakal hadir dengan kamera 108MP, tetapi juga peranti Redmi. Malahan, sudah terdapat ura-ura mengenai Redmi Note 10 yang mungkin hadir dengan kamera 108MP.

Terdahulu, Redmi turut mengesahkan tentang kehadiran peranti gaming di pasaran. Adakah anda teruja jika lebih banyak peranti Redmi hadir dengan kamera 108MP? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version