Site icon TechNave BM

Left 4 Dead 3 bukan dalam pembinaan, menurut Valve

Syarikat permainan video Valve menjelaskan bahawa mereka bukan dalam proses membina sekuel kepada Left 4 Dead 2 buat masa ini. Valve memberi kenyataan tersebut kepada IGN selepas terdapat khabar angin yang menular di internet berkenaan kewujudan “Left 4 Dead 3” yang kononnya sudah disahkan.

“Kami sudah memerhati perkembangan khabar angin ini sejak beberapa bulan yang lalu. Kami memang ada mencuba peluang untuk Left 4 Dead seterusnya beberapa tahun lalu. Tetapi buat masa ini kami memang tidak bekerja dengan apa-apa yang berkait dengan Left 4 Dead dalam tahun-tahun terdekat,” kata Valve kepada IGN.

Khabar angin tersebut semakin tersebar baru-baru ini apabila presiden HTC Vive, Alvin Wang Graylin, memberi sebuah ucapan pada 17 Januari tentang realiti maya (VR), di mana nama “LFD3” terdapat dalam slaid pembentangan ucapan tersebut.

Adakah anda peminat tegar siri Left 4 Dead? Kongsikan pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IGN

Exit mobile version