Site icon TechNave BM

‘Legend’ Nokia bakal mengeluarkan ‘flagship’ Nokia 9.3 dengan kamera penta 108MP

Dalam dunia teknologi telefon pintar, nama Nokia masih dikenali ramai walaupun jenama lain telah mula mengukir nama di persada teknologi. Sumber melaporkan HMD Global mungkin bakal menaik taraf sistem kamera penta 108MP pada keluaran flagship Nokia seterusnya, Nokia 9.3 Pureview.

Terdahulu, Nokia 9 Pureview sememangnya telah memiliki tetapan kamera penta. Mungkin pada keluaran seterusnya, Nokia akan memperbaiki tetapan kamera tersebut. Nokia 9.3 dilaporkan bakal hadir dengan kamera utama 64MP bersama sokongan penstabilan imej optikal (OIS) dan lensa ultra-lebar 108MP. Walau bagaimanapun, masih tiada khabar berita mengenai spesifikasi kamera selebihnya yang bakal menghuni tetapan kamera penta tersebut.

Apa pun, khabar ini bukanlah khabar berita yang rasmi. Sumber turut menjangkakan Nokia 9.3 bakal hadir dengan Snapdragon 865, sokongan 5G dan stok Android (salah sebuah program Android One). Peranti yang dikhabarkan ini bakal dilancarkan bersama Nokia 7.3 pada Ogos atau September tahun ini.

Apakah pandangan anda mengenai usaha jenama ‘legend’ ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Phonearena

Exit mobile version