Site icon TechNave BM

Leica M10-R diumumkan, kamera ‘rangefinder’ 40MP berharga ~RM35,415

Leica sememangnya terkenal dengan jenama kamera premium, namun sentiasa hangat di pasaran. Terkini, Leica telah mengumumkan sebuah kamera penjulat (rangefinder) terbaru, Leica M10-R.

Menurut sumber, Leica M10-R boleh dianggap sebagai salah satu versi M10 Monochrom. Sementara M10 Monochrom boleh menangkap imej putih dan hitam, M10-R merupakan kamera penjulat yang berupaya menangkap gambar berwarna. Sensor 40MP berbingkai penuh ini hadir dengan julat ISO 100 hingga 50,000. Ini bermakna kamera ini juga menghasilkan kualiti baik dalam keadaan dengan pencahayaan rendah.

Untuk pengetahuan anda, M10-R juga berupaya menangkap 10 gambar 40MP dalam satu masa dengan pengatup (shutter) yang senyap. Turut hadir adalah paparan skrin sentuh 3 inci dan pemidang tilik optikal (optical viewfinder).

Kamera ini bakal tersedia di beberapa negara pada 20 Julai 2020 dengan harga 8295 Dolar (~RM35,415). Adakah anda berminat jika kamera ini berada di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version