Site icon TechNave BM

Leica rancang kerjasama dengan jenama telefon baru, mungkin Xiaomi atau HONOR

Jenama kamera dari Jerman, Leica, terkenal dalam industri telefon pintar dengan kerjasama mereka bersama HUAWEI untuk menghasilkan kamera telefon bermutu tinggi seperti yang berada dalam siri andalan HUAWEI P. Kini mereka dilaporkan akan menghasilkan kamera HUAWEI terakhir dalam HUAWEI P50 dan sedang mencari rakan kongsi yang baru dalam industri telefon pintar.

Menurut sumber, Leica sedang meneliti beberapa syarikat telefon seperti Xiaomi, HONOR dan Sharp. Kerjasama Leica dengan HUAWEI mungkin telah ditamatkan kerana prestasi jualan HUAWEI yang menurun berikutan sekatan dagangan yang dikuat kuasakan oleh Amerika Syarikat.

Apakah ramalan anda tentang kerjasama Leica yang seterusnya? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version