Site icon TechNave BM

Lelaki beli epal dalam talian, dapat iPhone SE

Seorang pelanggan pasar raya Tesco di United Kingdom (UK) bernama Nick James mendapat kejutan besar selepas beliau membuat pesanan dalam talian untuk membeli barang-barang runcit, di mana beliau turut memperolehi telefon pintar iPhone SE sebaik sahaja barangan beliau dihantar ke rumah.

Malah, ini bukanlah satu kejadian yang melibatkan kesilapan dalam pengurusan penghantaran daripada pihak Tesco UK. Syarikat pasar raya itu sedang menganjurkan program ganjaran istimewa di mana para pelanggan yang membeli barang daripada kedai dalam talian akan dipilih secara rawak untuk memenangi hadiah menarik, termasuklah iPhone SE.

Nick berkongsi kegembiraan beliau dalam Twitter, di mana beliau memuat naik gambar iPhone SE tersebut dan sekeping kad ucapan tahniah daripada Tesco serta barang runcit yang dipesannya. Selain iPhone SE, Tesco turut menawarkan tablet Samsung Galaxy Tab A7 dan peranti Nokia kepada pemenang bertuah.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version