Site icon TechNave BM

Lelaki digesa ke hospital setelah menelan telefon bimbit Nokia 3310

Entah bagaimana, seorang lelaki telah menelan keseluruhan telefon bimbit Nokia 3310 tiruan. Doktor di Kosovo terpaksa menolong lelaki berusia 33 tahun itu setelah telefonnya didapati di didalam perutnya. Ini amat membahayakan nyawanya kerana telefon tersebut terlalu besar untuk dicerna dan acid bateri yang berkemungkinan untuk bocor.

Skender Teljaku berkongsi foto di Facebook telefonnya setelah dikeluarkan, serta gambar X-ray dan endoskopi ketika masih berada di dalamnya. Dia berjaya mengeluarkan telefon tersebut tanpa memotong perut dengan mengeluarkan dalam tiga keping dengan endoskopi. Tiada ‘komplikasi’, katanya.

Telefon boleh dilihat melalui sinar-X (Gambar: Skender Telaku) Penyedia: Skender Telaku
Telefon setelah dikeluarkan dengan selamat (Gambar: Skender Telaku)
Telefon dikeluarkan semasa endoskopi (Gambar: Skender Telaku)
Doktor dari Pristina, Kosovo, mengeluarkan Nokia 3310 setelah empat hari berada di perut lelaki itu (Gambar: Skender Telaku)

Telefon ini dipercayai L8STAR BM90, model yang direka bentuk seperti Nokia 3310 tetapi lebih kecil. Menurut media tempatan, lelaki itu ke hospital di Pristina kerana dia kesakitan setelah menelan objek tersebut.

Menurut Persatuan Gastroenterologi British, kebanyakan mereka menelan secara melulu. 10-20% kes memerlukan penyingkiran endoskopi dan 1% memerlukan pembedahan atau rawatan komplikasi. Duit syiling, kancing, barang plastik, bateri, dan tulang adalah barang biasa yang ditelan walaupun tidak seharusnya. Telefon Nokia 3310 pertama kali diumumkan pada 1 September 2000.

Beri pendapat anda di Facebook tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MetroUK

Exit mobile version