Site icon TechNave BM

Lelaki dipenjara kerana memiliki 19,000 video, imej lucah kanak-kanak

Seorang lelaki yang merupakan pembantu bekerja di kedai perubatan tradisional Cina (TCM) hari ini dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,500 atau penjara lima bulan oleh mahkamah majistret Teluk Intan atas kesalahan memiliki pornografi kanak-kanak.

Majistret T Ashvinii menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Liew Ming Hui, 24, selepas dia mengaku bersalah bagi pertuduhan itu. Liew didakwa memiliki 19,011 video dan imej pornografi kanak-kanak di dalam pemacu pena miliknya di Langkap, kira-kira jam 4.20 petang pada 29 Mei lalu.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Liew, yang bekerja di kedai TCM milik bapanya diwakili peguam Jude Pereira. Peguamnya sebelum ini meminta penangguhan pelaksanaan hukuman itu tetapi ia ditolak oleh mahkamah. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BH Online

Exit mobile version