Site icon TechNave BM

Lelaki ini hasilkan Nintendo Switch terbesar dalam dunia dengan skrin 70 inci

Konsol mudah alih Nintendo Switch merupakan antara konsol paling popular pada masa ini, namun ia masih boleh dihubungkan kepada televisyen jika anda berminat untuk memainkannya seperti konsol biasa. Kini seorang jurutera dari Amerika Syarikat telah menghasilkan sebuah Nintendo Switch yang terbesar dalam dunia, dengan skrin sebesar 70 inci.

Michael Pick telah berkongsi di YouTube bagaimana beliau ‘mencipta’ Nintendo Switch tersebut yang sebenarnya hanyalah konsol Switch yang disambungkan kepada televisyen 4K berukuran 70 inci dengan controller sisi Joy-con gergasi yang dibuat dengan plastik dan kayu.

Butang besar yang terdapat pada controller besar itu dihubungkan kepada motor servo yang akan menekan butang sepadan pada Joy-con sebenar di dalam binaan itu. Dalam video tersebut, beliau juga menunjukkan bagaimana controller luaran boleh dihubungkan kepada konsol besar itu.

Michael telah menghasilkan konsol Nintendo Switch gergasi itu untuk dihadiahkan kepada St Jude’s Children Hospital sebagai satu bentuk kebajikan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version